Monday, 23 October 2017

SESEDAP MANA KUIH ZAMAN KINI, KUIH LEGEND TETAP DI HATI

Selamat sejahtera saya berikan kepada pembaca sekalian. Tajuk kita hari ini adalah " Sesedap Mana Kuih Zaman Kini, Kuih Legend Tetap di Hati" yang membawa maksud sesedap mana sesuatu makanan yang dihasilkan pada masa kini tidak pernah menggugat keenakkan kuih-kuih legend yang menjadi salah satu kegemaraan nombor satu rakyat Malaysia. Terdapat beberapa kuih legend yang akan kita bincangkan dan untuk kali ini kita akan belajar membuat kuih legend seperti Kuih Jala.

KUIH JALA 
Jala adalah kuih tradisional dari Sabah dan Sarawak di Malaysia dan Brunei. Di Sarawak, ia dikenali sebagai makanan tradisional untuk orang Iban yang dipanggil "sarang semut". Ia sangat berbeza dari roti jala di Semenanjung Malaysia. Kuih Jala terdiri daripada pelbagai bentuk (mengikut kreativiti).

 Bahan :
1 Bungkus Tepung Beras
1 Bungkus Tepung Jagung
1 Bungkus Santan
1 Gelas Gula
3 Cawan Air

Cara Membuat :
- Masukkan semua bahan tersebut dalam satu mangkuk besar.
- Gaulkan semua bahan tersebut hingga sederhana hancur. (Jangan     hancur sangat tauuu. sederhana je)
- Masukkan minyak sedikit sahaja.
- Gaulkan semula hingga sebati.
- Gunakan sarang kelapa (rujuk gmbr dibawah) dan masukkan       adunan tersebut.


Guna apa-apa cawan pun boleh asalkan ada lubang sederhana kecil 
memudahkan membentuk jala.
Menggunakan kelapa adalah cara traditional.

Buat bentuk bulatan untuk menyenangkan kerja membentuk kuih jala mengikut idea. (menggunakan kayu- rujuk gmbr diatas)
Tunggu sehingga masak sedikit. Bentuk menggunakan kayu.
Lipat untuk membuat bentuk mengikut kreativiti sendiri.
cth : segitiga, golong, bentuk D.

Biarkan ia masak semuanya (berwarna kekuning-kuninggan) dan ambil menggunakan kayu dan letakkan ditepi kuali untuk menyingkirkan minyak kuih jala tersebut.

SIAPPPPPPPPPP! KUIH JALA BOLEH DIHIDANGKAN !!
Kami berharap segala cara untuk membuat kuih jala berguna bagi anda yang ingin merasai kuih legend. Nantikan cara pembuatan kuih legend yang lain daripada kami. Untuk pengetahuan anda, kami juga ada menjual kuih jala yang sanggat ranggup dan rasa yang sangat lazat. Anda juga boleh membuat pilihan sama ada ingin kuih jala yang rasa berlemak, manis dan tawar. Kami jamin bahawa kuih jala kami sangat nyaman dan lebih berbaloi untuk dibeli. Untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh hubungi kami.
Hubungi kami :

013 835 5032